Info Umk

UMK bermaksud Univesiti Malaysia Kelantan. ia mempunyai 3campus yang terletak di Pengkalan Chepa, Bachok dan Jeli. Di Pengkalan Chepa terdapat fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, dan Fakulti Perubatan Vaterinar. Di Bachok pula terdapat Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. Manakala di Jeli pula terdapat Fakulti Industri Asas Tani dan Fakulti Sains Bumi. 

Saya merupakan pelajar di fakulti Keusahawanan dan Perniagaan. Di Pengkalan Chepa terdapat banyak kemudahan di sekitar kampus. Antaranya restoran-restoran seperti mcD , Marrybrown, Pizza Hut dan restoran-restoran tempatan. Selain itu, terdapat juga farmasi, bank, kedai gunting rambut, kedai cermin mata yang berdekatan. Terdapat juga Pasar Raya yang dinamakan Pantai Timur,pejabat pos, dan klinik kerajaan. Berhampiran UMK juga terdapat pengangkutan awam seperti bas dan terdapat lapangan terbang. Bagi saya UMK Pengkalan Chepa adalah kampus yang sangat strategik dan memudahkan pelajar untuk melakukan aktiviti seharian. 


No comments:

Post a Comment